PENGISIAN

Salam untuk pengunjung blog batu mistik dot com.  Page Pengisian ini baru sahaja diwujudkan. Sebenarnya ramai peminat batu mistik dot com yang sms admin bertanya admin adakah sesuatu barangan mistik yang admin kongsikan di blog ini mempunyai khodam atau penjaganya.

Sebenarnya hampir kebanyakkan barangan mistik yang admin paparkan di blog ini hanya mempunyai keindahan atau lelebihan semulajadi. Namun begitu, admin juga mempunyai barangan berkhodam tetapi admin tidak paparkan di blog ini. Kerana barangan tersebut hanya untuk kegunaan admin. Admin tidak akan kongsikan dengan sesiapa.

Walaupun hampir semua khazanah mistik yang admin paparkan tidak berkhodam, khasiat atau keindahan  sesuatu barangan mistik itu boleh ditambah atau top-up. Admin sedia memberi perkhidmatan untuk membuat pengisian sesuatu barangan yang dibeli dari admin atau milik tuan/puan sendiri.

Pengisian yang admin maksudkan bukan nak tambah jin atau khodam. Admin tidak akan menambah jin atau khodam kepada sesuatu cincin atau barangan mistik itu. Apa yang admin tambahkan adalah “aura” atau “tenaga” kepada barangan tersebut. Tenaga atau aura adalah sesuatu yang boleh kita pindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Tenaga yang admin pindahkan adalah tenaga dari Yang Amat Berkuasa iaitu Tenaga dari Allah SWT semata-mata. Namun begitu, segala-galanya bergantung sepenuh terhadap keizinanNya, Yang Maha Berkuasa… Tetapi percayalah, jika kita berusaha dan kita minta bersungguh-sungguh sepenuhnya terhadapNya… Insya Allah akan diizinkanNya.

Jika tuan/puan berminat, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Mahar pengisian adalah RM50. Sila bankkan RM50 ke Maybank 155032364797 atau Cimb 05090033610528. Setelah bank-in, sms “Wang telah dibankkan”

2.  MMSkan gambar cincin (jika cincin) atau loked (jika loked)atau apa sahaja barangan yang hendak dibuat pengisian.  Smskan nama Penuh (binti ibu jika lelaki) (binti bapa jika perempuan). Nyatakankan juga jenis pengisian yang mahu contohnya “pendinding” atau “keterampilan diri” atau “Penunduk” atau ” Kasih sayang” atau “Kecantikan/kemanisan”" atau sebagainya.

3. Tunggu sms saya. Saya akan tetapkan waktu pengisiannya. Biasanya sebelah malam.

Terima kasih.