Kalung Batu Keluat Darah

By admin August 12th, 2012, under Keluat Darah

KD001

Salam untuk pengunjung blog yang setia mengunjungi blog batumistik ini. Pada malam yang indah ini admin paparkan satu lagi perkongsian barangan mistik yang admin namakan Kalong Batu Keluat Darah. Merah seperti darah. Spesial untuk Hari Raya. Sebenarnya, kalung ini telah berusia. “Berusia” inilah yang menjadikan khazanah ini semakin berharga. Jika tuan/puan ingin menebusnya, hanya sms admin untuk mengetahui nilai maharnya.

Dari segi keindahannya, ianya hanya cantik sebagai perhiasan terutama sempena Aidil Fitri ini. Dapatkan segera sebelum tuan/puan terlepas peluang untuk memilikinya.

Kalung Cenderawasih Kayangan Gred A

By admin August 8th, 2012, under Cenderawasih

KC001

Salam para pengunjung batumistik.com yang budiman. Sempena bulan Ramadhan yang masih berbaki 10 hari lagi ini, admin ingin kongsikan satu lagi kazanah mistik yang sungguh unik dan indah dari segi rupa dan “keindahannya”. Perhatikan imej yang admin paparkan di atas. Ia admin namakan sebagai Kalung Batu Cenderawasih Kayangan berwarna biru dan sungguh cantik dan indah dengan wajah yang telah terlakar semulajadi pada batu.

Sesuai dijadikan buah loked atau kalung untuk orang yang tersayang apa tah lagi dengan kehadiran lebaran yang tidak berapa lama lagi ini. Tentang keindahan atau kelebihan kalung ini, tidak perlu admin cerita lagi. Tuan/puan boleh rujuk dengan batu cenderawasih yang admin paparkan sebelum ini.

Kalung Batu Cenderawasih Kayangan spesial edition ini amat sukar ditemui dan ini adalah koleksi terakhir yang sedia dimaharkan. SMS Naz 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya. Cepat sebelum terlambat. Jika telah ditebus, tiada lagi stok kalung seperti ini…

Terima Kasih En. Alias

By admin August 3rd, 2012, under Mani Gajah

Imej di atas adalah Cincin Mani Gajah antara koleksi admin yang admin paling sayangi. Namun apa nak di kata. Bila dah ada tawaran tertinggi yang admin terima, sudah tentu admin lepaskan juga walau dengan hati yang amat berat sekali. Tidak perlu admin cerita tentang keindahan atau khasiat batu mani gajah ini. Di dalam pos yang sebelum ini, telah banyak admin cerita dan terangkan.

Kepada En. Alias dari Kuala Lumpur, jagalah khazanah ini sebaik mungkin. Memang banyak batu mani gajah terdapat di merata dunia ini. Tetapi mani gajah yang akan bertukar tuan ini adalah lain dari yang lain. Kepada tuan barunya, akan admin ceritakan segalanya.

Jumpa lagi.

Cincin Teras Gemugal Jadi Batu

By admin August 3rd, 2012, under Gemugal

G002

Salam.  Mohon maaf. Memang telah terlalu lama admin tidak uploadkan sebarang barangan baru di batumistik.com ini. Petang ni, sambil menunggu waktu berbuka puasa hari ke 14, admin kongsikan satu lagi khazanah mistik alam ciptaan Illahi ini. Khazanah yang admin ingin kongsikan ini adalah, di kenali sebagai cincin teras gemugal jadi batu.

Ye benar. Memang banyak blog yang mengkongsikan gemugal atau teras gemugal. Namun begitu, teras gemugal yang admin kongsikan ini adalah teras gemugal merah yang telah tertanam beratus tahun diperut bumi dan telah menjadi batu. Lalu kemudianya, fosil ini dicanai tukang Kelantan dan diikatkan dengan cincin perak bertatah berlian swiss. Sungguh cantik dan lihat sahaja imej yang admin paparkan di atas.

Khasiat cincin fosil gemugal ini adalah sama seperti teras kayu gemugal walaupun bentuk fizikalnya telah berubah dari kayu menjadi batu. Antara khasiat cincin gemugal ini ialah:

  • menawar racun dalam makanan dan minuman
  • menjauhi terkena hikmah sihir
  • menjauhi gangguan hantu dan sihir
  • mengeluarkan raksa dari tubuh – rendam dan minum airnya
  • mengelakkan/menjauhkan kecurian.
  • Kebal dharurat
  • Pendidinding
  • Melembutkan hati suami bagi kegunaan isteri. Pakai teras yang bersentuhan dengan kulit
  • Dan pelbagai khasiat luarbiasa lain

Cincin permata teras gemugal ini untuk dimaharkan. Rasa-rasanya, menjelang Aidil Fitri ini, amat bertuah bagi sesiapa yang memilikinya. SMS admin untuk mengetahui nilai tebusannya.

Pedang Samurai 23 inci

By admin June 25th, 2012, under Pedang Samurai

Salam untuk pengunjung blog batu mistik dot com. Dah lebih dua minggu saya tidak membuat sebarang posting baru. Nah malam yang indah ini, saya kembali untuk membuat posting terbaru. Lihat sahaja imej yang saya paparkan di bawah ini:

S001

Barangan mistik terbaru yang dipaparkan di atas adalah sebilah Pedang Samurai dengan mata 23 inci (berwafak). Terdapat dua bilah pedang samurai yang menjadi koleksi batu mistik dot com.  Perhatikan imej di bawah:

Peminat Pedang Samurai akan teruja untuk memiliki pedang samurai ini. Sungguh unik dan penuh dengan kesenian hasil kerja tangan rakan di dunia “sebelah”

Jika anda peminat Pedang Samurai, sila email atau sms admin untuk mengetahui harga tebusan. Terhad. Hanya 2 bilah (Sarung Merah dan Sarung Hitam)

Permata Batu Kecubung

By admin June 8th, 2012, under Kecubung

Dikenali dengan nama scientificnya sebagai amithyte, batu kecubung adalah sejenis permata yang terdiri dari pelbagai warna dan jenis. Admin telahpun poskan sebelum ini permata kecubung biru, merah dan putih. Namun begitu, petang ni admin nak kongsikan satu lagi permata kecubung yang dikenali sebagai kecubung rambut atau kecubung rambut emas berwarna hitam.

K004

Telah siap diikat perak bersalut permata, sungguh cantik dan menawan bila disarungkan kejari terutamanya jejaka. Keindahannya bukan dari segi rupa fizikalnya semata-mata tetapi ditambah dengan keindahan sifat alaminya yang menghalang gelombang negatif di sekeliling tubuh si pemakainya. Mengikut lagenda juga, kecubung juga berupaya memberi ketenangan jiwa si pemakai di samping meredakan penyakit kesusahan untuk tidur (insominia)

Gelombang positif yang dihasilkan oleh amithyte ini akan meneutralkan gelombang negatif akibat stress dan ketidaktentuan fikiran. Lalu terhasillah aura positif kepada si pemakai batu kecubung ini.

Ada juga batu kecubung yang diperolehi secara ghaib atau mistik. Kecubung jenis ini selalu diceritakan oleh penggemar barangan mistik mempunyai keindahan mistik yang tidak dapat diceritakan oleh admin. Pengunjung carilah sendiri…

Kecubung indah ini untuk dimaharkan. Hubungi admin untuk mendapatkan nilai tebusannya.   019-4268989  atau admin@batumistik.com

Khasiat Buluh Perindu

By admin June 8th, 2012, under Buluh Perindu

Buluh perindu adalah sejenis tumbuhan yang hanya oleh ditemui di hutan-hutan tertentu di Indonesia. Buluh perindu asli hanya terdapat di hutan Bondang Puruk Cahu, Kalimantan Barat. Untuk mendapatkan buluh mistik ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu di atasi sebelum seseorang itu berjaya memperolehi buluh ini. Kerana dipercayai, buluh ini dijaga oleh makhluk-makhluk tertentu.

Bentuk buluh perindu ini adalah sama seperti buluh biasa tetapi ia kelihatan kecil seperti akar kayu kecil seakan rumput kering. Buluh perindu ini juga ada pelbagai jenis. Ada yang jantan, ada yang betina Oleh kerana terlalu sukar untuk memperolehi buluh perindu ini, sudah tentulah nilai harganya terlalu tinggi apatahlagi ditambah dengan pelbagai khasiat perubatan dan sifat metafizik tumbuhan mistik ini…

BP001

Antara khasiat dan keindahan buluh perindu adalah sebagai pengasih, kewibawaan, pelaris, naik pangkat, pemikat dan lain-lain. Buluh perindu yang admin paparkan ini adalah untuk dimaharkan bagi sesiapa yang sanggup menebusnya. Nilainya RM…/ruas jari. Hubungi admin untuk dapatkan nilai maharnya.

Besi Leleh

By admin June 7th, 2012, under Besi Leleh

Salam. Di alam mistik, kita sering dengar malahan tengok pelbagai jenis besi. Ada orang kata, besi kuning, besi khurasani, besi leleh dan sebagainya. Pelbagai jenis besi ini mempunyai pelbagai khasiat dan keindahan tertentuk yang menjadi rahsia alam mistik. Keindahan metafizik pelbagai besi ini, dewasa ini telah menjadi buruan peminat barangan mistik.

BL001

Imej yang tuan/puan perhatikan di atas adalah apa yang dikenali sebagai besi leleh. Bersaiz 0.8 kg.  Besi leleh ini masih dalam keadaan original. Jika ia dicanai dijadikan permata cincin, amat cantik.

Seperti admin cerita di awal posting tadi, batu leleh ini mempunyai khasiat tertentu terutama sebagai penawar racun gigitan binatang berbisa. Di samping itu, getaran zarah-zarah yang membina batu leleh ini pula bisa menghasilkan gelombang yang cukup baik dan serasi dengan tubuh badan manusia. Pahlawan Samurai Jepun, menanamkan ketulan kecil besi leleh ini ke tubuh badan mereka untuk tujuan tertentu alam peperangan. Samada nak jadi kebal atau sebagainya…Kene tanyalah Samurai tersebut..kah kah.

OK  Besi ini untuk dimaharkan dengan nilai mahar tertentu. Hubungi admin 019-4268989 atau email   admin@batumistik.com 

Keindahan Aked Madu Yaman

By admin June 7th, 2012, under Aked

Salam pengunjung blog yang budiman.

Hari ini admin nak poskan satu lagi khazanah alam maya ini yang indah, cantik, menarik dan istimewa sebagai perhiasan atau eksesori. Apa yang admin ingin paparkan ini ialah permata Aked Madu Yaman.

CAMY

Perhatikan imej cincin di atas. Ia adalah permata Aked Madu Yaman. Aked Yaman ini sebenarnya ada pelbagai rupa seperti hilam, belang dan yang paling indah ialah berwarna merah madu. Telah diikat dengan cincin perak buatan tukang Trengganu.

Sedia untuk dimaharkan. Hubungi admin 019-4268989 atau email admin@batumistik.com

Geliga Ular Tedung Selar Kuning

By admin June 6th, 2012, under Geliga

Salam. Admin telah poskan beberapa geliga ular tedung selar. Hari ini admin poskan satu lagi geliga ular: Geliga Ular Tedung Selar Kuning yang berjumlah 12 biji. Koleksi ini diperolehi secara mistik oleh seorang rakan admin. Lihatlah imej yang admin paparkan di bawah ini:

GU002

Antara khasiat dan keindahan geliga ular ini adalah sebagai pengasih dan penunduk bergantung kepada niat pemiliknya. Jika diperhatikan imej di atas, bentuk fizikal geliga ular tedung selar kuning ini adalah berlainan sedikit dengan geliga ular yang telah admin paparkan sebelum ini.

Seperti biasa, geliga ular ini untuk dimaharkan. Untuk mengetahui nilai maharnya, sila sms/tel 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com Untuk pengetahuan pembaca blog semua, penghantaran barangan melalui Pos Express Malaysia. Barangan akan sampai dalam masa 2 hari (hari bekerja)