Permata Gemugal

By admin February 3rd, 2013, under Gemugal

Lewat petang minggu ini admin ingin kongsikan untuk kesekian kalinya permata Gemugal. Sebelum inipun admin telah paparkan permata gemugal tetapi corak yang berlainan.

Permata fosil (batu) gemugal ini bukan mudah untuk diperolehi. Rakan admin telah mencanaikan fosil ini kebentuk batu permata cincin yang menarik. Beberapa minggu yang lepas, admin mendapat pertanyaan tentang permata ini. Malangnya admin tiada lagi stok permata batu gemugal. Alhamdulillah, dua hari lepas admin dapat kembali bekalan permata ini.

20130130_001348

 

20130130_001409

 

20130130_101748

 

Berasal dari teras kayu gemugal dan telah terbenam diperut bumi beribu tahun yang lalu, hari ini kayu gemugal ini telah bertukar kepada fosil gemugal dan dengan kemahiran tukang canai, fosil gemugal ini telah diolah ke bentuk permata cincin yang amat menarik.

Tentang khasiatnya, telah admin khabarkan pada posting terdahulu. Antaranya sebagai benteng pemagaran diri, penyembuhan pelbagai penyakit, pelarisan dan pengasihan dengan izin Allah SWT. Tuan/puan boleh google untuk mengetahui keindahan dan khasiat permata asli ini.

Untuk dimaharkan. Sila sms 019-4268989 admin untuk mengetahui nilai maharnya.

Permata Cenderawasih Emas

By admin January 30th, 2013, under Cenderawasih

Salam dan bertemu lagi pengunjung blog yang sentiasa dihargai. Kali ini admin nak kongsikan permata Cenderawasih. Sudah agak lama admin kehabisan stok permata cenderawasih ini. Tetapi mungkin rezeki dari Allah SWT, dua hari yang lepas admin dapat bekalan permata yang sangat ramai peminat dan pemburunya.

20130130_100845

Permata Cenderawasih yang telah dijadikan cincin bersaiz 14.  Telah ada ‘wajah’ unik yang terpapar dipermukaan cincin

20130130_001527

20130130_101012

 Permata Cenderawasih yang telah dijadikan cincin perak campuran bersaiz 15. Jika diteliti dari dekat, ada wajah burung dipermukaan permata

 

20130130_100951

 Pandangan dari sisi yang lain

 

20130130_101243

 Loked Permata Cenderawasih. Corak yang amat unik. Jarang dan sukar ditemui. Becahaya “3D” dan ada wajah burung di permukaan permata.

 

20130130_101259

Tentang keindahan dan khasiatnya…tidak perlu lagi admin ceritakan. Sebut sahaja burung cenderawasih, tuan/puan tentu tahu bagaimana sejarah dan cerita lagenda burung cenderawasih ini. Rujuk sahaja posting admin tentang cenderawasih sebelum ini. Banyak yang telah admin khabar dan ceritakan.

Sila sms admin 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya. Admin juga bersedia untuk menerima tempahan bentuk lain yang disukai oleh peminat.

Kalong Kursani Asli

By admin January 19th, 2013, under Kursani

kalung-kursani

 

Salam kepada pengunjung blog batumistik dot kom. Alhamdulillah dengan kesihatan yang sentiasa positif kurnia Yang Maha Esa, pada hari ini admin dapat kongsikan 2 item yang tidak asing bagi peminat-peminat khazanah mistik.

Item yang admin ingin kongsikan pada hari ini adalah Kalong Kursani yang ditatahkan dengan permata-permata besi kursani asli. Sebenarnya kalong ini telah ditempah oleh Cik Mazuin dari Kuala Lumpur. Seandainya tuan/puan masih berminat dengan kalong kursani yang serupa, admin tiada masalah untuk menyediakan item yang sama.

Dari segi keindahannya, telah banyak admin paparkan pada posting sebelum ini.  Antara keindahan Kalong Kursani ini adalah sebagai kebal dharurat. Namun begitu, yang pentingnya, kebergantungan kita terhadap Allah SWT adalah yang utamanya. Allah sahaja yang memberi izin akan segala khasiat yang terdapat pada sang besi.

Sms admin jika berminat untuk memiliki kalong ini. Stok adalah sangat terhad. Adminpun tidak berani simpan stock yang banyak.

Delima Hati Merah

By admin January 19th, 2013, under Delima

delima-asli-2

batu delima hati asli

cincin-delima-hati

 batu delima hati yang telah dijadikan cincin

Salam untuk pengunjung blog batumistik dot com. Untuk posting kali ini, admin ingin kongsikan dengan pengunjung satu lagi khazanah mistik alam ciptaan Illahi ini.

Seperti yang tuan/puan perhatikan pada pic di atas, ianya adalah permata delima asli merah hati yang baru admin perolehi. Walaupun baru diperolehi, permata ini telah lama disimpan hanya baru sampai ke tangan admin beberapa hari yang lepas.

Dari segi keindahan, delima terkenal sebagai penarik kerezkian, aura keindahan, membuka hati rasa kecintaan. Namun begitu, ada juga delima yang mempunyai keindahan mistik sehingga kekebalan. Tetapi delima yang admin paparkan ini tidak mempunyai keindahan sehingga kekebalan. Jika tuan/puan telah menebusnya, Insya Allah akan admin khabarkan keindahan yang terdapat pada delima ini.

Sms admin untuk mendapatkan nilai tebusannya. 019-4268989 Tuan puan boleh dapatkan delima yang telah diikat cincin bersaiz 19 atau permata delima hati merah.

Ruangan Pengisian

By admin January 5th, 2013, under Pengisian

Salam pengunjung blog batu mistik dot com.

Mulai hari ini admin telah wujudkan page “PENGISIAN” untuk peminat yang memerlukan pengisian atau Top-up pada barangan peribadi atau barangan yang diperolehi dari admin.

Hanya kilk PENGISIAN di sebelah atas blog. Keterangan lebih lanjut pada page di atas,

Terima kasih

Admin

Khasiat Besi Kursani

By admin January 3rd, 2013, under Kursani

besi-kursani

 

Salam peminat batumistik dot com. Pada petang ini admin ingin kongsikan satu lagi barangan mistik khazanah alam yang penuh mistik ini. Item yang admin papar dan kongsikan kali ini adalah permata besi kursani seperti yang tuan lihat pada imej di atas. Sangat sesuai dibuat permata cincin. Saiznya pula…diameternya hanya lebih kurang 1.5cm sahaja. Jika diikatkan cincin hanya sesuai dipakai di jari kelingking atau jari manis bagi mereka yang mempunyai saiz jari kecil.

Tentang khasiatnya…sebenarnya dalam tubuh badan kita memang telah ada unsur kursani hanya aktif atau tidak sahaja. Dan untuk mengaktifkannya perlu orang yang telah sedia aktif unsur kursani di tubuh badannya.

Namun begitu admin ingin mengkongsikan khasiat permata besi kursani yang tuan lihat di imej di atas. Antara khasiat besi kursani ini adalah sebagai pendinding diri, kebal dharurat, pengrezkian dan aura positif si pemakainya. Namun begitu, segalanya adalah dengan izin Illahi. Dan kita juga tidak boleh bergantung kepada kursani sepenuhnya tanpa iktikat segala khasiat dan kelebihan itu adalah dengan kuasa Allah yang maha berkuasa.

Admin hanya ada beberapa butir sahaja lagi. Sebelum sempat admin uploadkan ke blog ini, beberapa butir telah disambar oleh rakan dan kenalan admin. Jika berminat…sila sms admin untuk mendapatkan nilai maharnya. Terima kasih.

Kayu Penunduk Gajah

By admin December 19th, 2012, under Teras Kayu

Penunduk-Gajah

Salam Peminat batumistik dot com. Petang kelmarin, admin kongsikan sejenis teras kayu yang dinamakan kayu Raja Penunduk. Posting pada malam ini, admin kongsikan satu lagi jenis-jenis teras kayu yang boleh digunakan sebagai penunduk kepada manusia, haiwan atau jenis makhluk lain selain manusia dan haiwan.

Sebenarnya mengikut kajian dan bacaan serta ilmu yang diturunkan oleh rakan-rakan admin, kayu penunduk ada bermacam-macam jenis. Posting kali ini juga adalah sejenis teras kayu yang boleh digunakan sebagai penunduk. Kayu ini dinamakan Penunduk Gajah. Dari segi fizikalnya, kulit kayu Penunduk Gajah ini berwarna keputihan manakala kulit kayu Raja Penunduk (Ada juga yang sebut Raja Kayu Penunduk) adalah berwarna sedikit kehitaman.

Dari segi khasiatnya hampir sama tetapi ada kalangan pengamal perubatan melayu yang mengatakan kayu Raja Penunduk lebih berkhasiat dari kayu Penunduk Gajah ini.  Dan Teras kayu Penunduk Gajah ini boleh diperolehi dengan agak mudah di hutan-hutan semenanjung Malaysia ini.

Jika tuan-tuan perhatikan imej di atas, saiznya hampir sama dengan saiz kayu Raja Penunduk yang admin kongsikan petang kelmarin. Sekitar berdiameter 2 cm. Namun begitu, khasiatnya bukan terletak kepada saiz kayu tetapi sifat alami yang diciptakan oleh yang maha Esa.

teras kayu ini juga amat sesuai untuk dibuat permata cincin atau loked campuran pelbagai teras kayu. Admin sedia menerima tempahan sebagai permata kayu jika ada permintaan. Jika tuan tuan mahukan bentuk asli di atas untuk di simpan di dalam kereta atau dompet duit, admin sedia memaharkannya dengan harga RM60 (tebal 10mm). Hubungi admin 019-4268989.

 

Kayu Raja Penunduk

By admin December 18th, 2012, under Teras Kayu

Kayu-Raja-Penunduk

Salam kepada peminat batu mistik dot com. Hari ini admin ingin memperkongsikan satu lagi khazanah alam yang penuh mistik ini. Mungkin saudara saudari telah melihat khazanah ini di blog blog lain yang banyak online masa kini.

Khazanah yang ingin admin kongsikan ini adalah dipanggil kayu Raja Penunduk. Teras kayu Raja Penunduk ini admin dapatkan dari seorang rakan yang membawanya dari Serawak. Kalau nak cari kayu Raja Penunduk ini di hutan-hutan di Semenanjung Malaysia ini amat sukar sekali. Jika adapun…mereka yang memperolehinya dikira bernasib baik dan dapat mengatasi segala rintangan yang menghalang pengambilannya.

Saiz kayu Raja Penunduk yang dalam simpanan admin ini hanya berdaimeter 2 cm. Nak cari yang bersaiz lebih besar…adalah terlalu amat sukar disebabkan halangan yang akan dihadapi. Namun begitu, dari segi khasiatnya… adalah sama walaupun bersaiz kecil.

Tentang khasiatnya, adalah dipercayai kayu Raja Penunduk ini adalah lebih berkhasiat dari kayu Penunduk Gajah atau Raja Kayu Merah atau Raja Kayu Putih. Maksud admin, dari segi khasiat sebagai penunduknya.

Teras kayu ini sesuai dibuat permata cincin. Admin akan gabungkan dengan teras-teras kayu lain seperti teras Raja Kayu Merah, teras kemuning hitam dan teras Larak Salah jika ada permintaan.

Jika nak maharkan teras kayu Raja Penunduk seperti asal (seperti imej di atas)…boleh juga. Tentang nilai maharnya…Kali ini admin paparkan nilai maharnya: RM100 untuk potongan di atas.

Cincin Batu Serai Merah Asli

By admin November 16th, 2012, under Serai

Batu Serai memang dikenali ramai dan ia mempunyai keunikan dan keistimewaan sendiri. Posting kali ini, admin nak kongsikan Cincin Unik Permata Batu Serai Asli, warna merah. Sebenarnya untuk dapatkan batu serai warna merah seperti ini bukannya mudah dan senang. Kalau adapun, bilangannya amat terhad.

Admin ada beberapa butir dengan pelbagai saiz cincin besi putih. Harganya adalah harga mampu milik. Jika tuan/puan berminat, boleh sms admin 019-4268989 untuk mengetatahui nilai maharnya.

Berlian Asli Mistik Dari Dunia Sebelah

By admin November 15th, 2012, under Berlian

Salam Maal Hijrah untuk pengunjung blog yang dihormati dan dirahmati. Sempena kedatangan tahun baru hijrah ini, marilah kita bersama-sama untuk menambahkan keazaman kita agar terus memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan kita terhadap Illahi. Adakalanya keazaman dan ikhtikat kita yang lalu belum lagi disempurnakan sepenuhnya. Tidak salah kalau kita perbaharui sahaja keazaman dan ikhtikat kita itu. Tidak perlu buat keazaman baru. Lebih baik azam lama diperbaharui dan disempurnakan.

Dalam kehidupan kita, kita perlu berubah. Samada banyak atau sedikit perubahan itu, bergantung kepada usaha dan keazaman kita. Dan perubahan yang perlu kita lakukan itu mestilah bercorak positif yang membina kehidupan lebih baik kita dan keluarga kita. Perubahan itulah yang dikatakan hijrah yang sungguh releven dengan perubahan tahun hijrah ini. Sekali lagi, Selamat Menyambut Tahun Hijrah.

Sebenarnya posting kali ini, admin nak kongsikan permata indah Berlian yang sangat terkenal dengan kilauan keindahan dan keunikan tersendirinya. Berlian

atau permata yang admin kongsikan ini adalah berlian asli yang boleh diuji kekerasannya dengan menggunakan tukul besi. Saiznya adalah kecil sedikit dari duit 5 sen. Sangat sesuai untuk dijadikan permata batu cincin atau permata batu gelang tangan. Terdapat perlbagai warna seperti putih, kuning air, merah jambu, biru dan ungu.

Permata dari dunia sebelah ini admin tawarkan dengan harga istimewa yang lebih rendah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di kedai emas atau permata. Jika tuan/puan menebus lebih dari 5 butir, admin akan berikan harga itimewa.

SMS 019-4268989 (Naz) untuk mengetahui nilai maharnya.  Koleksi yang ada pada admin sangat terhad…