Permata/Batu Kecubung

Kecubung Biru (K001)

Kecubung Merah (K002)

Kecubung Putih (K003)

Kilauan cahaya berair merah, biru, hijau atau putih, sungguh mengasyikan bagi peminat batu setengah permata  anugerah Illahi yang dikenali sebagai kecubung.  Batu kecubung atau dikenali sebagai Amethyst ini banyak terdapat di Brazil, Rusia, India, Madagaskar, Namibia, Sri Langka dan Amerika. Di Negara kita dan Indonesia juga terkenal dengan batu cahaya berair ini dengan pelbagai gred dan saiz mengikut ketuaan batu setengah permata ini.

Kecubung atau Amethyst memiliki warna dasar ungu, dan merupakan batu mineral “supercomposite” yang terdiri daripada “lamella” seperti belang yang berselang diantara bagian kanan dengan kiri. Struktur ini diakibatkan karena tekanan mekanikal dalam lapisan bumi selama berjuta tahun. Hasilnya, kecubung atau amethyst mempunyai corak seakan-akan cap jari (berbelang-belang). Selain itu, corak di dalam batu amethyst juga terjadi karena hilangannya air (H2O) dalam mineralnya karena tekanan dalam waktu yang sangat lama. Tapi ada juga kecubung yang tidak bercorak dan membentuk kristal bening. Ditinjau dai kekerasannya, Kecubung atau Amethyst mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Sehingga Kecubung atau Amethyst sering disebut sebagai Batu Mulia atau permata kelas II.

Selain sebagai batu perhiasan adalah dipercayai batu kecubung ini boleh digunakan sebagai untuk mendapat simpati atau pengasih kepada sesiapa yang memandang si pemakainya. Sesetengah pendapat, mengatakan kecubung adalah batu yang menghasilkan aura murah rezki dan pendinding diri kepada si pemakainya. Untuk memperolehi khasiat yang lebih dan ampuh, ritual amalan tertentu harus dilakukan terhadap pemakaian permata indah ciptaan Illahi ini.

Permata atau batu kecubung ini adalah untuk dimaharkan dengan harga RM250. Penghantaran adalah percuma dengan Pos Laju. Sila sms/tel 019-4268989 admin untuk memperolehi kaedah bayaran.

 

Leave a Reply