Permata Batu Kecubung

Dikenali dengan nama scientificnya sebagai amithyte, batu kecubung adalah sejenis permata yang terdiri dari pelbagai warna dan jenis. Admin telahpun poskan sebelum ini permata kecubung biru, merah dan putih. Namun begitu, petang ni admin nak kongsikan satu lagi permata kecubung yang dikenali sebagai kecubung rambut atau kecubung rambut emas berwarna hitam.

K004

Telah siap diikat perak bersalut permata, sungguh cantik dan menawan bila disarungkan kejari terutamanya jejaka. Keindahannya bukan dari segi rupa fizikalnya semata-mata tetapi ditambah dengan keindahan sifat alaminya yang menghalang gelombang negatif di sekeliling tubuh si pemakainya. Mengikut lagenda juga, kecubung juga berupaya memberi ketenangan jiwa si pemakai di samping meredakan penyakit kesusahan untuk tidur (insominia)

Gelombang positif yang dihasilkan oleh amithyte ini akan meneutralkan gelombang negatif akibat stress dan ketidaktentuan fikiran. Lalu terhasillah aura positif kepada si pemakai batu kecubung ini.

Ada juga batu kecubung yang diperolehi secara ghaib atau mistik. Kecubung jenis ini selalu diceritakan oleh penggemar barangan mistik mempunyai keindahan mistik yang tidak dapat diceritakan oleh admin. Pengunjung carilah sendiri…

Kecubung indah ini untuk dimaharkan. Hubungi admin untuk mendapatkan nilai tebusannya.   019-4268989  atau admin@batumistik.com

Leave a Reply