Geliga Embun

Salam. Seperti yang dijanjikan, admin poskan satu lagi barangan mistik khazanah alam ini. Barangan ini dinamakan Geliga Embun. Sebelum admin bercerita lebih lanjut tentang keindahan geliga embun ini, lihat dulu imej yang admin paparkan di bawah ini:

Mohon maaf. Imej yang dipaparkan agak kurang jelas. Sebenarnya banyak blog yang telah memamarkan geliga embun ini. Tuan-tuan boleh rujuk blog blog berkenaan untuk paparan imej yang lebih jelas. Ini kerana geliga embun asli adalah berbentuk jernih. Kebanyakkan blog memaparkan imej geliga embun asli yang berbentuk jernih.

Untuk makluman pengunjung blog batumistik.com, geliga embun ini sebenarnya ada pelbagai gred. Gred yang paling baik sekali ialah kelihatan jernih dan hilang (tidak kelihatan) bila dimasukkan ke dalam air. Gelas atau bekas yang digunakan akan berpeluh di sebelah luar dan dalam. Gelas yang diisikan dengan geliga embun juga akan sejuk seperti ais. Untuk geliga embun yang benar benar asli dan terbaik, bilik yang diletakkan gelas berisi air yang mengandungi geliga embun, juga terasa sejuk umpama suasana subuh, sejuk dengan embun.

Geliga embun juga ada pelbagai jenis. Ada yang berupa batu kristal atau berupa jelly tetapi bukan jelly. Antara khasiat dan keindahan geliga embun ialah sebagai pendinding, pelaris dan bersifat halimunan bagi si pemakainya bergantung kepada keserasian barangan dengan si pemakainya. Geliga embun juga adakalanya digunakan sebagai penyembuh pelbagai penyakit.

Geliga embun yang admin paparkan ini bukanlah dari gred AAA tetapi masih mempunyai khasiat alami yang sedia ada bagi geliga embun. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang sanggup untuk menebusnya. Hubungi admin 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com untuk mengetahui nilai maharnya.

 

7 Comments

  1. Han deli says:

    Salam tuan sy ingin minta tunjuk ajar sedikit ttng cara penjagaan buntat embun yg betul.. Sy ada sebiji buntat embun yg jenis lembut dan dulu mula2 di tangan sy memang 100% hilang dlm air tpi skrg ni dh tinggal 99% bila di lihat betul2.. Hal ni bermula apabila sy letak buntat sy ni dlm air embun dlm 1 minggu dan lepas tu ada perubahan pd buntat sy ni sy jdi sedikit bingung sbb asal mulanya 100% tak kelihatan jdi 99% kelihatan sedikit mungkin itu di sebabkn air embun tu ada habuk atau kotoran.. Sekiranya tuan tahu cara utk pulihkan buntat sy ni sy mohon tunjukan caranya tuan sekian trima kasih.. Tuan boleh inbox sy dkt fb sy jika tuan tak keberatan k fb sy ( han deli )

    • admin says:

      Salam. Terima kasih dengan perkongsian.

      Saya ni bukan tahu banyak perkara tentang perkara yang mistik ini.
      Saya sendiri walaupun pernah beberapa kali melihat dan menyaksikan
      sendiri kelebihan dan keindahan buntan embun (bentuk jeli), tapi
      saya tidak memiliki pengetahuan bagaimmana untuk menjaganya. Jika
      tahupun amat minima dan ditakuti, pengetahuan tesebut adalah salah.

      Saya cadangkan tuan cari lah mereka yang lebih arif. Terima kasih.

  2. shy says:

    salam tuan…berapa maharnya…sms saya 0123961742…

  3. khairul anuar says:

    Assalamulaikum tuan sms sy cal no ni 0128423332..ada hamba Allah cari geliga embun ni yg asli .. pm sy segera tuan ..

  4. khairul anuar says:

    Ada hamba Allah behajat benar mencari batu geliga embun ni tuan.. kalau tak keberatan tuan sms sy atau cal sy … serius tuan dia tawarkan sy .. jika ia asli lumayan .. insyllah .. ikhlas ni..

    • admin says:

      Salam. Geliga embut yang saya paparkan mbut gredliga eadalah dari gred C. Untuk dapatkan geliga embun gred A atau B..hubungi saya terus 019-4268989

Leave a Reply