Salam Peminat batumistik dot com. Petang kelmarin, admin kongsikan sejenis teras kayu yang dinamakan kayu Raja Penunduk. Posting pada malam ini, admin kongsikan satu lagi jenis-jenis teras kayu yang boleh digunakan sebagai penunduk kepada manusia, haiwan atau jenis makhluk lain selain manusia dan haiwan.
Sebenarnya mengikut kajian dan bacaan serta ilmu yang diturunkan oleh rakan-rakan admin, kayu penunduk ada bermacam-macam jenis. Posting kali ini juga adalah sejenis teras kayu yang boleh digunakan sebagai penunduk. Kayu ini dinamakan Penunduk Gajah. Dari segi fizikalnya, kulit kayu Penunduk Gajah ini berwarna keputihan manakala kulit kayu Raja Penunduk (Ada juga yang sebut Raja Kayu Penunduk) adalah berwarna sedikit kehitaman.
Dari segi khasiatnya hampir sama tetapi ada kalangan pengamal perubatan melayu yang mengatakan kayu Raja Penunduk lebih berkhasiat dari kayu Penunduk Gajah ini. Dan Teras kayu Penunduk Gajah ini boleh diperolehi dengan agak mudah di hutan-hutan semenanjung Malaysia ini.
Jika tuan-tuan perhatikan imej di atas, saiznya hampir sama dengan saiz kayu Raja Penunduk yang admin kongsikan petang kelmarin. Sekitar berdiameter 2 cm. Namun begitu, khasiatnya bukan terletak kepada saiz kayu tetapi sifat alami yang diciptakan oleh yang maha Esa.
teras kayu ini juga amat sesuai untuk dibuat permata cincin atau loked campuran pelbagai teras kayu. Admin sedia menerima tempahan sebagai permata kayu jika ada permintaan. Jika tuan tuan mahukan bentuk asli di atas untuk di simpan di dalam kereta atau dompet duit, admin sedia memaharkannya dengan harga RM60 (tebal 10mm). Hubungi admin 019-4268989.









