Archive for the ‘Serai’ Category

Cincin Batu Serai Merah Asli

Friday, November 16th, 2012

Batu Serai memang dikenali ramai dan ia mempunyai keunikan dan keistimewaan sendiri. Posting kali ini, admin nak kongsikan Cincin Unik Permata Batu Serai Asli, warna merah. Sebenarnya untuk dapatkan batu serai warna merah seperti ini bukannya mudah dan senang. Kalau adapun, bilangannya amat terhad.

Admin ada beberapa butir dengan pelbagai saiz cincin besi putih. Harganya adalah harga mampu milik. Jika tuan/puan berminat, boleh sms admin 019-4268989 untuk mengetatahui nilai maharnya.

Serai Pelbagai Warna

Sunday, March 18th, 2012

S002

Keterangan:

BATU SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga . Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Adalah menjadi satu kelebihan atau rezki seseorang itu jika bertemukan sepohon serai yang sedang berbunga. Jika ditemui pokok serai berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara atau ritual  tertentu dan hanya orang-orang yang mempunyai kebolehan tertentu sahaja yang boleh melakukan ritual tersebut. Namun begitu, batu serai yang admin paparkan ini bukanlah diperolehi dari rumpun serai. Batu-batu serai ini diperolehi oleh rakan admin menggunakan kaedah ghaib dan mistik yang tidak berupaya untuk diterangkan melalui tulisan. Hanya mereka yang memahami dan arif dengan ilmu Allah ini yang tahu dan mengerti.

Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna merah, kuning, biru, hijau, kuning, putih dan ungu.  Saiz juga ada pelbagai. Ada yang besar, sederhana atau kecil dan sesuai untuk dijadikan batu loked atau cincin. Dari segi kebaikan dan faedah pemakaiannya pula, admin tuliskan seperti di bawah ini:

  • Rezki
  • Menyerlahkan keindahan diri
  • Menyerlahkan aura diri
  • Pendinding diri

Dari fakta sains, seperti yang admin terangkan pada pos sebelum ini, batu mempunyai atom atau zarah paling kecil yang sentiasa bergetar. Getaran ini menunjukkan bahawa semua makhluk Allah di bumi ini sentiasa bertasbih atau berzikir memuji kebesaran tuhan. Getaran yang dihasilkan oleh zarah-zarah seni ini, sentiasa menghasilkan gelombang elektronik. Gelombang elektronik (aura) ini boleh meneutralkan golombang negatif pada tubuh badan manusia. Adalah dipercayai gelombang yang dihasilkan oleh batu serai ini, sangat baik bagi tubuh badan manusia.

Koleksi batu ini untuk dimaharkan. Sila tel/sms admin 019-4268989 untuk mendapatkan nilai mahar. Semua belanja pos percuma. Penghantaran melalui Poa Laju/Ekspress, samapai dalam masa 2 hari kecuali cuti umum.

Serai Biru, Putih Dan Kuning

Thursday, February 23rd, 2012

Kod S001

Keterangan:

Batu serai pelbagai warna ini telah diikat dengan besi jenis kilat. Saudara digalakkan mengikat dengan perak atau suasa atau jenis logam mengikut keinginan saudara untuk menambah aura pemakainya.

Ianya adalah batu serai asli diperolehi secara mistik. Amat berguna sebagai seri muka, pelaris perniagaan dan keyakinan diri. Dimaharkan dengan nilai RM190. Sila sms/tel En. Naz 019-4268989 atau email admin@batumistik.com