Archive for the ‘Mani Gajah’ Category

Terima Kasih En. Alias

Friday, August 3rd, 2012

Imej di atas adalah Cincin Mani Gajah antara koleksi admin yang admin paling sayangi. Namun apa nak di kata. Bila dah ada tawaran tertinggi yang admin terima, sudah tentu admin lepaskan juga walau dengan hati yang amat berat sekali. Tidak perlu admin cerita tentang keindahan atau khasiat batu mani gajah ini. Di dalam pos yang sebelum ini, telah banyak admin cerita dan terangkan.

Kepada En. Alias dari Kuala Lumpur, jagalah khazanah ini sebaik mungkin. Memang banyak batu mani gajah terdapat di merata dunia ini. Tetapi mani gajah yang akan bertukar tuan ini adalah lain dari yang lain. Kepada tuan barunya, akan admin ceritakan segalanya.

Jumpa lagi.

Kristal Dan Air Mani Gajah

Wednesday, March 21st, 2012

MG003

MG004

Keterangan:

Asal usul cerita mani gajah ini telah admin ceritakan dalam posting sebelum ini. Bagi posting ini, hanya admin paparkan bentuk asal air mani gajah dan bentuk kristal (air mani gajah) yang telah membeku. Lama kelamaan kristal ini akan mengeras seperti batu dan dicanai oleh tukang cincin dijadikan Permata / Batu Mani Gajah. Harus diingat, ada perbezaan antara air mani gajah dan air mazi gajah. Air mazi gajah berwarna puti susu. Manakala air mani gajah berwarna jernih seperti imej-imej yang tuan lihat.

Kegunaan Kristal Dan Air Mani Gajah

Kegunaan utama kristal dan air mani gajah ini adalah sebagai ubat pengasih yang sangat ampuh dengan petua-petua dan kaedah tertentu. Sangat sesuai untuk kegunaan suami isteri bagi menambah ikatan kasih dan sayang lebih-lebih lagi jika terdapat sebarang kekusutan. Telah menjadi adat, umpama kata-kata Allahyarham Seniman Tan Sri P Ramlee, “Sedangkan Lidah Lagi Tergigit”  ”Inikan pula suami isteri” 

Namun begitu, kita hanya berusaha. Usaha kita dengan menggunakan medium yang yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT. Kebergantungan kita sepenuhnya adalah hendaklah kepada Allah SWT jua. Kita hanya menggunakan medium yang diciptakan oleh Allah SWT. Selebihnya adalah kuasa Allah SWT. Tiada upaya kita kecuali keupayaan Allah SWT.

Peringatan:  Salah guna medium ini adalah tanggungan sendiri.

Medium ini untuk dimaharkan. Sila tel/sms 019-4268989 atau 013 -6660100 untuk mengetahui nilai maharnya.

Cincin Permata Mani Gajah II

Wednesday, March 21st, 2012

Admin telahpun terangkan panjang lebar dalam posting sebelum ini tentang cerita Permata/Batu Mani gajah ini. Pengunjung boleh rujuk pada posting sebelum ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan Permata/Batu Mani Gajah ini.

Cincin Permata mani gajah ini adalah untuk dimaharkan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menebusnya, sila tel/sms 019-4268989.  Atau untuk membuat tempahan baru.

Keterangan Cincin: Permata Mani Gajah diikat dengan perak bersalut emas. Saiz cincin: 16

Permata Mani Gajah

Sunday, March 11th, 2012

MG001

Lagenda Mani Gajah:

Lagenda batu kristal Mani Gajah ini bermula di Wilayah Sumatra, Indonesia, di mana tinggalnya Suku Anak Dalam (Suku Kubu) yang tinggal di satu wilayah dengan habitat Gajah. Lagenda bermula, kononnya ceritanya terdapat seekor Gajah Jantan Besar yang menjadi Raja kepada kumpulan gajah-gajah yang menghuni habitat gajah tersebut.

Suku Anak Dalam memanggil Gajah Jantan Besar dan di gelar Raja Gajah tersebut sebagai Gajah Tunggal kerana suka menyendiri kecuali bila Sang Raja berkehendakan gajah betina untuk melepaskan berahi yang telah menjadi adat dan ketentuan Yang Maha Esa, si jantan akan mencari si betina…

Adapun waktu berahikan si gajah betina adalah diwaktu Bulan Purnama Penuh. Maka berjalanlah Si Raja Gajah Tunggal ini mencari kawanan gajah-gajah betina di habitat tersebut. Pabila kelihatan sahaja kelibat Raja Gajah di kawanan gajah-gajah betina, semua gajah-gajah betina akan membentuk bulatan. Raja gajah tunggal akan memilih seekor dari gajah-gajah betina itu melepaskan rasa berahinya. Cara dan kelakuan Si Raja gajah jantan dan betina ini ketika melepaskan rasa berahi mereka adalah sama seperti manusia iaitu Si Jantan di atas dan si betina di bawah menelentang.

Setelah peristiwa itu selesai, Si Raja Gajah akan menimbuskan sisa-sisa mani yang berciciran di tanah agar tidak kelihatan lagi. Mani gajah yang terkambus dan tertanam itu akan bertukar menjadi batu kristal yang lembut dan akhirnya menjadi keras dan inilah yang dipanggil Batu Mani Gajah atau Permata Mani Gajah.

Adapun, peristiwa Raja Gajah Tunggal memuaskan rasa berahi itu sentiasa diintai oleh Puak Suku Anak Dalam.  Setelah Gajah Tunggal dan kawanan gajah-gajah betina itu beredar, maka berebut-rebutlah Suku Anak Dalam untuk menggali kambusan tanah untuk mendapatkan mani gajah yang telah bertukar kepada kristal tersebut.

Adalah dipercayai kristal mani gajah ini mempunyai “wave” atau gelombang elektronik yang mempunyai energi yang serasi dengan gelombang energi manusia. Sifat dan keindahan alami batu mani gajah ini adalah seperti berikut:

  • Rezki – membantu menambahkan kelancaran terbukanya pintu rezki
  • Menarik rasa cinta, kasih sayang, pengasih kepada perempuan, orang yang melihat kepada pemakai
  • Menguatkan kejantanan laki-laki
  • Bagi mereka yang mempunyai deria ke enam, pasti akan melihat tenaga energi kristal ini akan kuning kehijauan di mana energi ini mampu menyerap energi panas tubuh manusia dan meneutralkannya.(mani gajah mempunyai energi dingin). Secara mistiknya manusia akan tertakluk dengan energi yang dihasilkan oleh batu mani gajah ini. [Semua zarah yang ada dalam alam ciptaan Allah ini sentiasa bergetar. Getaran zarah atau apa sahaja makhluk ciptaan Illahi ini sebenarnya mereka berzikir, memuji kebesaran Illahi. Begitu juga degupan jantung kita yang tidak berhenti menjalankan tugasnya, adalah sebenarnya mereka berzikir...] Dan setiap sesuatu yang Tuhan jadikan itu adalah berserta dengan manafaatnya sekali kepada manusia atau makhluk lain ciptaan Tuhan. Oleh itu golombang yang dihasilkan oleh batu mani gajah ini mempunyai khasiat kepada mereka yang tahu menafaatkannya. Zikir tambahan dengan petua tertentu akan menguatkan energi bagi si pemakainya.

Untuk tempahan, sila sms/tel 019-4268989 atau email terus ke admin@batumistik.com