Archive for the ‘Keris’ Category

Keris Palembang Dua Beradik

Wednesday, April 4th, 2012

SK001

Keris adalah lambang Kepahlawanan Melayu Lama. Keris seperti Taming Sari adalah keris yang dipercayai dibuat dengan teknik orichalcum, iaitu teknik mencampurkan besi dengan logam lain untuk menghasilkan aloy yang sangat keras dan ampuh. Keris Taming sari adalah dipercayai dibuat dengan kaedah picitan tangan.

Hasil gabungan pelbagai jenis logam yang terdapat pada keris mistik Taming Sari, mampu menyerap tenaga elektromagnetik di alam maya ini dan boleh pula menguatkan aura boielektricity pemilik keris itu. Sebab itulah Keris Taming Sari amat terkenal dengan lagenda kesaktiannya yang sering menjadi sebutan peminat keris.

Namun begitu, pada posting kali ini, admin nak kongsikan dua bilah keris yang dinamakan Keris Palembang Dua Beradik. Keris ini juga dibuat dengan menggunakan teknik orichalcum, secara picitan tangan. Seperti yang Tuhan beri mukjizat kepada Nabi Allah Daud yang berupa melembutkan besi untuk membuat baju besi dan senjata, pembuat keris ini juga mempunyai kelebihan seperti Nabi Allah Daud, yang berupaya melembutkan besi tanpa meleburkannya…

Keris Palembang Dua Beradik ini adalah keris lok tujuh ini adalah jenis keris untuk bertarung. Diperolehi dari dunia mistik. Usianya mungkin telah beratus tahun. Pada loknya diukirkan wafak ayat suci Al-Quran. 

Keris sedia untuk dimaharkan. Dapatkan nilai maharnya di 019-4268989