Archive for the ‘Geliga’ Category

Geliga Embun- Tawaran Bulan Ramadhan

Sunday, July 7th, 2013

Geliga-embun

 

Malam ini admin paparkan buat kali kedua cincin geliga embun dan geliga embun yang masih belum diikat cincin. Admin pernah paparkan cincin geliga embum ini pada tahun 2012.

Sempena bulan Ramadhan ini admin buat tawaran Geliga embun anugerah dari alam sebelah dengan nilai tebusan RM1000. Bukan senang nak dapat geliga embun ini. Apatah lagi geliga embun asli dengan nilai perubatannya. Dan seandainya dijadikan cincin (lihat pic di atas) memang sungguh cantik apatahlagi diikat dengan perak bertatah berlian swiss.

Cincin dengan geliga embun di atas, admin tawarkan dengan nilai RM1800 (boleh nego) lagi.

Tawaran ini hanya pada bulan Ramadhan sahaja. Selepas berakhirnya Ramadhan ini, nilai tebusannya akan meningkat.

Hubungi admin sms/tel 019-4268989 untuk dapat maklumat lengkap.

Geliga Buaya

Wednesday, April 3rd, 2013

Salam. Oleh kerana dah agak lama admin tidak membuat posting di batumistik dot com ini, hari ini admin nak uploadkan lebih dari satu item. Item kedua yang admin uploadkan adalah geliga buaya.

Geliga buaya 2

 

Jika tuan/puan perhatikan imej di atas, agak berlainan dari geliga buaya yang dipaparkan oleh blog-blog lain yang terdapat di internet. Saiznya hampir bersaiz telur buaya atau telur biawak. Kelihatan jerneh berkilauan.

Mengikut empunya barangan mistik ini, geliga buaya ini diperolehi dari dalam perut buaya oleh seorang pawang buaya yang berupaya memanggil buaya datang menghampirinya. Setelah buaya malang terrsebut dipanggil, sang buaya tidak akan kemana selagi tidak di arahkan untuk pergi. Maka duduklah sibuaya malang itu ditempat yang ia muncul setelaqh diseru oleh pawang buaya tadi sehinggalah ia mati beragan.

Setelah mati beragan, si pawang buaya melapah perut buaya dan diambilnyalah dua butir geliga yang terdapat dalam perut buaya mati beragan tersebut.

Dari segi keindahannya, adalah dipercayai geliga ini akan menghindar musuh ketika berada di air. Disamping itu ia juga boleh digunakan sebagai penggerun. Wallah hua ‘alam.

Jika tuan/puan berminat, hubungi admin untuk mendapatkan nilai tebusannya. 019-4268989 selepas jam 5.00 petang.

Permata Geliga Ular Cintamani

Sunday, March 3rd, 2013

geliga-ular-cintamani

 

Salam untuk semua pengunjung blog batumistik dot com. Pada pagi minggu ini, admin ingin paparkan satu lagi khazanah mistik alam ini. Khazanah yang ingin admin paparkan ini adalah permata Geliga Ular Cintamani.

Ular Cinta Mani adalah sejenis haiwai mistik yang luar biasa. Haiwan ini amat manja dan mempunyai kebolehan luar biasa sehinggakan makanannyapun sering disuap oleh haiwan lain oleh kerana ular cinta mani ini adalah haiwan mistik yang sentiasa dikasihi dan disayangi oleh makhluk lain.

Sebab itulah, pemilik geliga ular cinta mani ini akan sentiasa dikasihi dan disayangi oleh sesiapa sahaja. Di samping itu, pemilik geliga ular cinta mani ini juga sentiasa memperolehi rezki yang luar biasa.

Permata Geliga Ular Cinta Mani ini adalah untuk dimaharkan. Jika tuan/puan berminat, sila hubungi admin di 019-4268989 secara sms. Terima kasih.

Geliga Ular Tedung Selar Kuning

Wednesday, June 6th, 2012

Salam. Admin telah poskan beberapa geliga ular tedung selar. Hari ini admin poskan satu lagi geliga ular: Geliga Ular Tedung Selar Kuning yang berjumlah 12 biji. Koleksi ini diperolehi secara mistik oleh seorang rakan admin. Lihatlah imej yang admin paparkan di bawah ini:

GU002

Antara khasiat dan keindahan geliga ular ini adalah sebagai pengasih dan penunduk bergantung kepada niat pemiliknya. Jika diperhatikan imej di atas, bentuk fizikal geliga ular tedung selar kuning ini adalah berlainan sedikit dengan geliga ular yang telah admin paparkan sebelum ini.

Seperti biasa, geliga ular ini untuk dimaharkan. Untuk mengetahui nilai maharnya, sila sms/tel 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com Untuk pengetahuan pembaca blog semua, penghantaran barangan melalui Pos Express Malaysia. Barangan akan sampai dalam masa 2 hari (hari bekerja)

Geliga Embun

Tuesday, June 5th, 2012

Salam. Seperti yang dijanjikan, admin poskan satu lagi barangan mistik khazanah alam ini. Barangan ini dinamakan Geliga Embun. Sebelum admin bercerita lebih lanjut tentang keindahan geliga embun ini, lihat dulu imej yang admin paparkan di bawah ini:

Mohon maaf. Imej yang dipaparkan agak kurang jelas. Sebenarnya banyak blog yang telah memamarkan geliga embun ini. Tuan-tuan boleh rujuk blog blog berkenaan untuk paparan imej yang lebih jelas. Ini kerana geliga embun asli adalah berbentuk jernih. Kebanyakkan blog memaparkan imej geliga embun asli yang berbentuk jernih.

Untuk makluman pengunjung blog batumistik.com, geliga embun ini sebenarnya ada pelbagai gred. Gred yang paling baik sekali ialah kelihatan jernih dan hilang (tidak kelihatan) bila dimasukkan ke dalam air. Gelas atau bekas yang digunakan akan berpeluh di sebelah luar dan dalam. Gelas yang diisikan dengan geliga embun juga akan sejuk seperti ais. Untuk geliga embun yang benar benar asli dan terbaik, bilik yang diletakkan gelas berisi air yang mengandungi geliga embun, juga terasa sejuk umpama suasana subuh, sejuk dengan embun.

Geliga embun juga ada pelbagai jenis. Ada yang berupa batu kristal atau berupa jelly tetapi bukan jelly. Antara khasiat dan keindahan geliga embun ialah sebagai pendinding, pelaris dan bersifat halimunan bagi si pemakainya bergantung kepada keserasian barangan dengan si pemakainya. Geliga embun juga adakalanya digunakan sebagai penyembuh pelbagai penyakit.

Geliga embun yang admin paparkan ini bukanlah dari gred AAA tetapi masih mempunyai khasiat alami yang sedia ada bagi geliga embun. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang sanggup untuk menebusnya. Hubungi admin 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com untuk mengetahui nilai maharnya.

 

Geliga Ular Tedung Hitam

Friday, April 13th, 2012

GUTH001

Salam pengunjung batumistik.com  Saya percaya anda semua tentu tertunggu-tunggu barangan mistik terbaru kerana telah hampir seminggu admin tidak membuat sebarang posting baru. Sebenarnya, admin agak penat dengan tugas-tugas pejabat yang adakalanya di bawa hingga ke rumah untuk diselesaikan. 

Di samping tugas sampingan admin untuk menyelenggara beberapa buah blog juga membataskan masa admin untuk menghantar posting terbaru blog batumistik.com ini.

Baiklah. Pada posting kali ini, admin kongsikan satulagi barangan mistik yang dinamakan Geliga Ular Tedung Hitam. Kalau tidak salah penghitungan admin, dua minggu lepas, admin ada poskan Geliga Ular Tedung Selar Putih. Jika dikira saiz geliga Ular Tedung Hitam ini, saiznya kecil sedikit dari Geliga Ular Tedung Selar Putih.

Dari segi manafaat penyimpan geliga ini pula, hampir sama dengan kegunaan geliga ular tedung selar putih. Geliga ini juga untuk dimaharkan. Sesiapa yang berhajat untuk menebusnya, silalah sms/tel 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com.

Geliga Mengkarung

Saturday, March 31st, 2012

GM001

Salam untuk peminat batumistik.com   Pada 16 Mac yang lepas, admin ada poskan geliga Ular Tedung Selar Putih. Hari ini admin tambah satu lagi iaitu geliga Mengkarung.  Seperti biasa, semua khazanah yang admin poskan, mempunyai khosiat dan dan keindahan tertentu. Bagi Geliga Mengkarung ini khosiatnya adalah sebagai penghilang jejak. Maksudnya, jejak si pemakai amat sukar di kesan. Ini tidak bermakna si pemakai akan hilang dari pandangan mata kasar. Hanya jejaknya sahaja yang tidak dapat di kesan.

Di samping itu, batu Geliga Mengkarung ini juga amat baik sebagai penawar racun bagi semua binatang berbisa. Ianya juga boleh digunakan sebagai pendiding diri.

Saiznya adalah sebesar telur puyuh. 

Dapatkan harga tebusannya dengan sms 019-4268989 atau email admin@batumistik.com

Geliga Ular Tedung Selar Putih

Friday, March 16th, 2012

GU001

Keterangan:

Geliga ular atau buntat ular atau batu ular sebenarnya ada pelbagai bentuk mengikut jenis ular. Ada yang berbentuk kristal, ada yang berbentuk seakan-akan batu keras, ada yang berbentuk gelap tetapi lut sinar bila dilalukan cahaya putih terang.  Namun begitu, geliga ular memang terkenal di alam mistik, sesuatu yang dicari dan diburu oleh penggemar dan peminatnya. 

Geliga ular ini diperolehi samada dari ular yang sedang bertarung (biasanya dua ekor ular jantan bertarung) merebut geliga tersebut atau geliga tersebut diperolehi secara mistik oleh mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa.

Admin telah terangkan dalam pos sebelum ini, setiap sesuatu yang tuhan jadikan di dunia ini mempuyai kegunaan, manafaat yang tersendiri samada kepada manusia atau makhluk selain dari manusia. Begitu juga geliga ular ini. Mengikut maklumat yang admin perolehi, geliga ular mempunyai perbagai kebaikan dan faedah kepada sesiapa yang berjaya memperolehinya. Antara faedah dan fadhilat Geliga Ular ialah:

  • Peninding diri 
  • Penunduk, penggerun
  • Penarik pelbagai bisa terutama gigitan haiwan berbisa 
  • Penarik rezeki
Waktu malam (tanpa lampu) imej ular kelihatan jelas pada geliga.
Dari segi sintifik, semua zarah atau partikel paling kecil (atom) sesuatu objek itu sentiasa bergetar (berzikir memuji kebesaran Tuhan). Getaran zarah kecil ini menghasilkan gelombang (Electomagnetic Wave). Ada antara gelombang ini yang sesuai dan baik bagi tubuh manusia kerana dipercayai boleh menguatkan lagi gelombang positif pada tubuh manusia.  Namun begitu, ada juga gelombang yang tidak baik seperti gelombang yang dihasilkan oleh bahan atau unsur radioaktif. Walaupun gelombang yang dihasilkan oleh radioaktif tidak baik bagi tubuh badan manusia tetapi Radio aktif tetap berguna untuk menjana tenaga dan dalam industri pertahanan. Begitulah kebesaran Illahi. Tuhan telah ciptakan sesuatu itu, mesti ada sebab dan kegunaan tertentu.
Namun begitu, perlu sekali lagi admin mengingatkan pada peminat semua, pergantungan sepenuhnya kita adalah kepada Allah SWT. Tiada yang lebih berkuasa kecuali Allah semata-mata. Segala barangan tersebut hanya merupakan medium seperti Panadol yang diberi Allah kelebihan untuk menyembuhkan sakit kepala.
Untuk makluman peminat semua,  Geliga Ular Tedung Selar Putih yang admin paparkan ini adalah Geliga Ular Tedung Selar Putih asli. Ianya diperolehi secara mistik oleh rakan-rakan admin.  Admin tidak dapat memberikan sepenuhnya kegunaan geliga ini kerana telah ada perjanjian antara admin dan pemegang amanah geliga ini. Geliga ini adalah untuk dimaharkan. Barang sesiapa yang berminat, dan ingin mengetahui lebih lanjut geliga ini sila tel/sms  019-4268989.  
Saiz Fizikal:     Leper dan besar sedikit dari syiling 50 sen.