Archive for the ‘Cenderawasih’ Category

Jualan Semula Cincin Permata Cenderawasih

Wednesday, April 3rd, 2013

DSC01421

image (1)

 

Salam. Jika peminat blog batumistik perhatikan imej di atas, ia merupakan imej Cincin Permata Cenderawasih yang pernah diuploadkan pada blog ini. Dan cincin bertuah ini telahpun ditebus oleh seorang pelanggan Admin dari Shah Alam, Selangor.

Namun begitu, beberapa hari yang lepas, pelanggan admin telah menghubungi admin agar menjual semula cincin bertuah di atas. Oleh itu, kepada peminat batu permata cenderawasih yang terlepas jualan permata cincin ini pada tahun lepas, boleh menghubungi admin untuk mendapatkan cincin permata cenderawasih ini.

Permata cincin cenderawasih ini telah diikat dengan perak asli dan disulam dengan permata swiss dan kelihatan sungguh cantik dan menawan. Bersaiz 17 dan sedia untuk dimaharkan semula.

Tentang keindahannya, tuan/puan boleh rujuk semula pada posting admin berkenaan cenderawasih.

Untuk makluman pengunjung blog yang dihormati, permata cincin cenderawasih di atas adalah jenis ‘jantan’. Pengunjung tentu bertanya, ada tak yang betina. Jawapannya: memang ada. Sebenarnya, permata cenderawasih ini berpasangan. Ada yang jantan dan ada yang betina. Kedua-dua jantan dan betina ini harus dipakai bersama. Maka jika saudara berhajat permata ini, saudara disarankan ambila kedua-dua jantan dan betina.

Pic di bawah ini adalah permata Cenderawasih Betina. Kedua-dua cincin ini adalah sepasang. Adalah sangat sesuai jika kedua-dua jantan dan betina ini dimaharkan kedua-duanya sekali.

image

Jika berminat, contact admin di 019-4268989 selepas jam 5.00 petang. Terima kasih.

Kalung Cenderawasih 3

Sunday, March 3rd, 2013

loked-cenderawasih-2

 

Salam Peminat Batu Mistik Dot Com.  Khazanah kedua yang ingin admin kongsikan pada pagi minggu ini adalah Kalung Cenderawasih. Admin sebenarnya telah kongsikan Kalung Cenderawasih pada entri sebelum ini. Namun begitu, Kalung Cenderawasih kali ini adalah tidak sama dengan Kalung Cenderawsih yang admin papakan pada entri sebelum ini.

Dari segi saiznya…memang sama. Tetapi dari segi corak dan wajah pada permatanya adalah tidak sama. Namun begitu, dari segi khasiatnya adalah sama. Diperolehi secara mistik. Wajah dan coraknya memang amat cantik dan unik.

Untuk dimaharkan. Jika tuan/puan berminat, sila sms NAZ 019-4268989

Permata Cenderawasih Emas

Wednesday, January 30th, 2013

Salam dan bertemu lagi pengunjung blog yang sentiasa dihargai. Kali ini admin nak kongsikan permata Cenderawasih. Sudah agak lama admin kehabisan stok permata cenderawasih ini. Tetapi mungkin rezeki dari Allah SWT, dua hari yang lepas admin dapat bekalan permata yang sangat ramai peminat dan pemburunya.

20130130_100845

Permata Cenderawasih yang telah dijadikan cincin bersaiz 14.  Telah ada ‘wajah’ unik yang terpapar dipermukaan cincin

20130130_001527

20130130_101012

 Permata Cenderawasih yang telah dijadikan cincin perak campuran bersaiz 15. Jika diteliti dari dekat, ada wajah burung dipermukaan permata

 

20130130_100951

 Pandangan dari sisi yang lain

 

20130130_101243

 Loked Permata Cenderawasih. Corak yang amat unik. Jarang dan sukar ditemui. Becahaya “3D” dan ada wajah burung di permukaan permata.

 

20130130_101259

Tentang keindahan dan khasiatnya…tidak perlu lagi admin ceritakan. Sebut sahaja burung cenderawasih, tuan/puan tentu tahu bagaimana sejarah dan cerita lagenda burung cenderawasih ini. Rujuk sahaja posting admin tentang cenderawasih sebelum ini. Banyak yang telah admin khabar dan ceritakan.

Sila sms admin 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya. Admin juga bersedia untuk menerima tempahan bentuk lain yang disukai oleh peminat.

Cincin Cenderawasih

Sunday, August 26th, 2012

Salam para pengunjung khazanah mistik batumistik.com

Admin nak kongsikan satu lagi koleksi Cincin Cenderawasih. Cincin ini telah lama. Usianya menjadikan cincin dengan permata cenderawasih ini sangat berharga apatahlagi setelah menjalani ritual harian sepanjang masa. Saksikanlah imej yang admin paparkan di bawah ini:

cenderawasih-4-300x240

C004

Cincin yang dihias dengan permata berkilau ini, tidak perlu admin ceritakan tentang khasiatnya. Hanya Jauhari yang kenal Manikam. Lagipun admin telah cerita pada posting “Cenderawasih” sebelum ini.

Untuk mengetahui nilai maharnya, sila sms 019-4268989, admin. Hanya yang benar-benar berhajat, akan admin jawab. Terima kasih.

Kalung Cenderawasih Kayangan Gred A

Wednesday, August 8th, 2012

KC001

Salam para pengunjung batumistik.com yang budiman. Sempena bulan Ramadhan yang masih berbaki 10 hari lagi ini, admin ingin kongsikan satu lagi kazanah mistik yang sungguh unik dan indah dari segi rupa dan “keindahannya”. Perhatikan imej yang admin paparkan di atas. Ia admin namakan sebagai Kalung Batu Cenderawasih Kayangan berwarna biru dan sungguh cantik dan indah dengan wajah yang telah terlakar semulajadi pada batu.

Sesuai dijadikan buah loked atau kalung untuk orang yang tersayang apa tah lagi dengan kehadiran lebaran yang tidak berapa lama lagi ini. Tentang keindahan atau kelebihan kalung ini, tidak perlu admin cerita lagi. Tuan/puan boleh rujuk dengan batu cenderawasih yang admin paparkan sebelum ini.

Kalung Batu Cenderawasih Kayangan spesial edition ini amat sukar ditemui dan ini adalah koleksi terakhir yang sedia dimaharkan. SMS Naz 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya. Cepat sebelum terlambat. Jika telah ditebus, tiada lagi stok kalung seperti ini…

Cincin Cenderawasih

Friday, March 30th, 2012

cenderawasih-CC3-225x300

CC003

Salam. Kazanah ke 2 yang admin nak poskan pada malam ini adalah cincin dari batu cenderawasih. Sebenarnya, admin telah poskan dua cincin cenderawasih pada posting terdahulu. Oleh itu admin tak mahu cerita apakah keindahan yang terdapat pada cincin dari batu cenderawasih.

Pengunjung tengok atau lihat pada seni unik ciptaan Illahi pada imej batu cenderawasih di atas. Sungguh cantik yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam…

Untuk makluman pengunjung, cincin cenderawasih ini sesuai untuk lelaki sahaja kerana saiz dan bentuk cincin yang dicipta oleh tukang Kelantan, dicipta untuk lelaki sahaja.

Seperti biasa, peminat boleh sms/tel 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya. 

Cincin Permata Cenderawasih

Wednesday, March 14th, 2012

CC001

Keindahan Cincin Batu Cenderawasih

  • Pendiding diri yang paling ampuh
  • Pelaris
  • Pengasih
  • Aura diri pada si pemakai

Permata yang telah diikat cincin ini, untuk dimaharkan. Hubungi admin 019-4268989 untuk mengetahui nilai maharnya.

Cerita Sejarah Burung Cenderawasih:

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir’atul Haya’. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta’ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil’alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu’allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling ‘Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dan bulu yang hitam menjadi bau ‘aiqiq’ dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Salam bertemu kembali

Wednesday, February 15th, 2012

cenderawasih1

Kod C001 (Pandangan Kanan)

Kod C001 (Pandangan kiri)

Kod C002

Khazanah alam pertama yang kami sajikan kali ini dikenali sebagai Cincin Batu Cenderawasih bertatah berlian. Cincin yang amat berharga dan bernilai ini sedia untuk dimaharkan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk menebusnya.

Keterangan:  Kod C001, C002 dan C003

Batu geliga cenderawasih asli ini berasal dari Burung Cenderawasih. Bukan semua Burung Cenderawasih mempunyai geliga batu cenderawasih. Oleh itu amat sukar sekali diperolehi kecuali oleh mereka yang diberikan kelebihan luar biasa oleh Penguasa Alam ini untuk memperolehi batu geliga ini.  Di samping itu, rezki memperolehi batu geliga ini bukan diperolehi setiap masa. Oleh itu beruntunglah mereka yang memperolehi batu geliga khazanah alam mistik ini.

Antara khasiat memakai batu geliga ini ialah:

  • Pelaris perniagaan
  • Pengasihan Diri
  • Penyeri Wajah
  • Keyakinan Diri
  • Penawar
  • Pengikat
  • Penarik Daya Tumpuan bila orang memandangnya.

Namun begitu segala kelebihan batu ini adalah datangnya dari Allah S.W.T  Jangan sesekali beritikat bahawa batu yang empunya kuasa. Segala-galanya adalah kuasa Allah S.W.T …

Untuk mengetahui Maharnya… sms/tel 019-4268989 selepas waktu pejabat kecuali Sabtu Dan Ahad Dan Cuti Umum. Tuan boleh juga email ke admin@batumistik.com