Rahsia Buluh Perindu

Salam untuk peminat batumistik dot com.

Agak lama juga admin tidak membuat apa-apa posting di blog ini.  Sebenarnya admin mahu tuan/puan tertanya-tanya atau ternanti-nanti apakah barangan mistik terbaru yang akan dikongsikan di blog ini.

Ini posting kali ini, sebenarnya admin pernah kongsikan beberapa bulan yang lepas. Namun begitu (buluh perindu) yang admin kongsikan itu dalam bentuk kering atau telah mati. Kali ini admin kongsikan yang masih hidup dan segar bugar dalam simpanan admin.

Buluh perindu atau nama saintifik hidupan mistik ini ialah Bambusa magica. Ia merupakan spesis famili bamboo tetapi spesies yang lain. Bentu batang dan daunnya sama seperti buluh biasa tetapi saiz fizikalnya adalah amat berbeza. Buluh perindu amat kecil umpama rumpun bunga hiasan yang ditanam di pasu bunga.

Sifat mistiknya buluh perindu ini adalah kerana amat sukar untuk memperolehi buluh ini jika sipencarinya tidak mempunyai kemahiran dan kelebihan tertentu apatah lagi ianya hanya boleh diperolehi di hutan belantara bergunung atau berbukit yang jauh dari jangkauan manusia biasa.

Adalah dipercayai dan  diceritakan oleh mereka yang pakar dengan kehidupan ini, buluh perindu ini sentiasa hidup di bawah lindungan atau perhatian penjaga kalangan bunian atau jin.

Jesteru itu, barang siapa yang memperolehi buluh perindu ini dalam keadaan hidup segar bugar, adalah sesuatu kelebihan atau anugerah yang dikurnialan Illahi. Untuk menanam buluh ini juga, bukan sesuatu kerja yang senang atau mudah. Jika tidak mengikut petua tertentu atau tidak serasi dengan pemiliknya, hidupan ini tidak akan hidup lama.

Maka tidak hairanlah buluh perindu ini memang sentiasa diburu oleh mereka yang tahu akan khasiat yang diturunkan bersama penciptaannya. Bukankan Allah Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui itu tidak akan menciptakan sesuatu makhluk itu didunia ini tanpa sebab dan musababnya.

Telah diceritakan oleh mereka yang arif dan alim dengan hidupan ini bahawa buluh bperindu ini mempunyai khasiat tertentu seperti berikut:

  • Sebagai pelaris bagi mereka yang berniaga. Baik diletakkan di dalam primis perniagaan atau dalam rumah.
  • Sebagi daya penarik menambahkan seri aura diri pemakai atau pemegangnya. Menghasilkan gelombang baik bagi sipemakainya.
  • Dijadikan minyak pengasih untuk mengikat tali kasih antara lelaki dan perempuan atau menghasilkan aura kasih sayang kepada pemakainya bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
  • Menghasikan suara merdu dan lunak bagi pendengaran pendengar bila si pemakainya bercakap atau menyanyi.

Namun begitu, segala kelebihan dan keindahan buluh perindu ini adalah dengan keizinan oleh Allah SWT.  Segala kelebihannya itu datangnya dari Allah SWT semata-mata.

Hasil kajian admin dan hasil bertanya dengan rakan-rakan yang ahli dengan buluh perindu ini, spesies ini mempunyai beberapa pantang larang semasa menanam atau menggunakannya. Entah betul atau tidak….Wallahhua’lam Bergantung kepada kepercayaan tuan/puan. Antara pantang larangnya ialah:

  • hidupan ini tidak boleh dilangkah.
  • tidak boleh diletakkan ditempat yang ada kotoran (Contohnya seperti bilik air terutama yang ada tandas)
  • Jika telah dijadikan minyak pengasih, maka ikutlah pantang larang yang diberitahu.
  • Jangan bersentuhan dengan barangan yang diharamkan kepada orang islam seperti arak, anjing daging kinzir semasa menggunakan buluh ini.

Bulan senang untuk memperolehi buluh perindu ini. Tuan/puan boleh sms atau email admin untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

4 Comments

  1. KIRIMARU says:

    SALAM TUAN,
    SAYA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN BULUH PERINDU INI. BERAPAKAH ANGGARAN HARGA UNTUK SERUMPUN BULUH INI?

  2. Razlanmaynur says:

    SLM Yuan.sya pminat semi crita bulh prindu,coma soalan says APA pula khasiat pula Bunga buluh prindu.trima kasih at as maklumat yg akan d trima.wasallam

  3. tuah_tai says:

    saya ada meyimpan buluh perindu,tapi saya tidak tahu meggunakannya
    boleh saudara terangkan bagaimana meggunakan buluh ini…

Leave a Reply