Archive for April, 2012

Bentuk Cincin 3 Dimensi (Bentuk Binaan Julang Langit 3 Dimensi -Piramid)

Saturday, April 14th, 2012

Salam untuk peminat btumistik.com

Untuk posting kali ini, admin tidak memaparkan sebarang barangan mistik terbaru tetapi admin akan memaparkan perkongsian beberapa fakta menarik yang ada kaitan dengan penggunaan beberapa barangan mistik seperti batuan dan besi. Seperti yang pernah admin khabarkan pada posting sebelum ini, setiap unsur yang terdapat di alam semesta ini, sentiasa bergetar.  Getaran atom setiap unsur itu akan menghasilan gelombang. Gelombang dengan panjang gelombang (Lamdar) ini mempunyai frekuensi yang berbeza. 

Gelombang yang mempunyai frekuensi yang berbeza ini mempunyai tenaga yang tertentu. Tenaga ini mempunyai manafaat tertentu kepada kehidupan manusia. Ini sesuai dengan firman Allah “Tidak Tuhan jadikan sesuatu itu melainkan ada sebab dan kegunaannya yang tersendiri”

Kajian Sains Fizik Kuantum semakin berkembang. Terlalu banyak rahsia-rahsia alam semesta ini telah dirungkai hasil kajian saintifik. Bidang Sains Fizik Kuantum adalah bidang yang amat admin sukai semasa belajar di Salah sebuah universiti tempatan suatu masa dahulu. Salah satu kajian saintifik yang berkaitan fizik kuantum yang admin amat tertarik dan ingin kongsikan di blog batumistik.com ini ialah berkaitan Binaan Julang Langit 3 Dimensi.  Ini ada kaitan dengan cincin dan batuan yang sering admin paparkan di blog ini.

Admin memang suka membaca berkaitan fakta sains. Di bawah ini admin pastekan hasil tulisan Dr Izham Nayan berkaitan Binaan Julang Langit 3 Dimensi:

Piramid merupakan suatu model atom yang nyata memberi idea dan asas kepada kajian di dalam bidang sains fizik kuantum. Setiap atom menghasilkan getaran tenaga menurut ukuran yang tertentudan bersifat konsisten. Bagi sesebuah piramid yang dibina menurutukuran-ukuran panjang dan sudutnya yang tepat seperti pada sisike atas dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran-getaran tenaga yang menyamai getaran seperti yang terdapat pada model atom yang tersusun secara semulajadi. Getaran ini sebenarnya menghasilkan getaran yang konsisten dan boleh dimanfaatkan oleh manusia yang mengetahui rahsianya. Kajian mendapati pancarandan cerapan tenaga di puncak sesebuah piramid adalah tidak terhingga ukurannya (infiniti).Piramid adalah suatu bentuk yang menyerap tenaga asas atau tenaga mentah dan menukar atau memecahkannya kepada beberapa kadar gelombang getaran tenaga melalui proses-proses tekanan dan pemindahan tenaga. Ketujuh-tujuh gelombang ini akan bertukar kepada getaran asal apabila digabungkan semula.Oleh kerana piramid memiliki daya tarikan dan keupayaan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan getaran gelombang tenaga ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama penjana (amplifier). Dengan kata lain, tenaga piramid itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga di dalam ruang rahsia binaan piramid. Tubuh manusia pula apabila diukur melalui prinsip warna dan getaran, juga memiliki tujuh spektrum warna mengikut susunanyang sangat tertib dan teratur. Justeru terdapatnya keseimbangan daripada unsur tenaga yang dihasilkan piramid boleh digunakan untuk memperbaiki susunan tenaga bioplasmik di dalam tubuh seseorang yang bermasalah luaran dan dalaman. Ini adalah kerana sesuatu penyakit berlaku ke atas tubuh disebabkan ketidakseimbangan kekuatan tenaga di dalam tubuh. Piramid adalah suatu ciptaan yang menepati prinsip kebendaan, kehidupan, keseimbangan, kestabilan, pengukuhan dan pengekalan. Ia juga merupakan sebuah binaan dimensi yang relatif atau berkaitan dengan alam semesta dan runang waktu. Masa dan ruang adalah relatif di dalamnya. Getaran tenaga elektromagnetik yang terbentuk didalamnya adalah sempurna dan lengkap amat memberi kebaikan kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ruangan ini didapati mempunyai keberadaan tetap dan berterusan untuk dimanfaatkan bagi mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada di dalamnya. Selain itu,ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya graviti yang stabil pada tahap yang diperlukan oleh jisim hidup. Justeru piramid juga sebenarnya boleh mempengaruhi benda-benda disekitarannya. Kestabilan dan keseimbangan gelombang tenaga yang mempengaruhi jasad, minda dan emosi ini ini mewujudkan perasaan bersemangat, ceria dan bertenaga serta membentuk suatu benteng pertahanan daripada elemen buruk dan dalam bentuk gelombang atau radiasi hasil daripada pancaran tenaga fizikal, spiritual mahupun perasaan. Bentuk piramid juga dapat menghasilkan daya pemusatan energi melalui interaksinya dengan daya kekuatan minda seseorang. Sesuai untuk terapi pemusatan hening (meditasi)yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit menurut kaedah PYRACOSMIC. Ia juga mempunyai kuasa kosmologika dalam dan pengekalan keseimbangan sistem jagatraya terutamanya tenaga bumi sama seperti gunung-ganang yang mengekalkan kekuatan pasak bumi.

Oleh itu, kepada peminat batumistik.com,  binaan permata yang adakala berbentuk seperti piramid, sebenarnya berupaya menghasilkan tenaga luar biasa yang boleh membawa kebaikan kepada si pemakainya.  Admin suka juga menyebut dan menekankan bahawa setiap jasad yang ada di muka bumi ini sentiasa bergetar (atomnya). Getaran ini menghasilkan tenaga (energi) yang mempunyai kekuatan yang luar biasa… Kesimpulanya, setiap barangan mistik yang admin paparkan adakalanya memang mistik dan mempunyai kuasa yang mistik tetapi dari kajian sains, ianya memang berkuasa hasil getaran atomnya…

Geliga Ular Tedung Hitam

Friday, April 13th, 2012

GUTH001

Salam pengunjung batumistik.com  Saya percaya anda semua tentu tertunggu-tunggu barangan mistik terbaru kerana telah hampir seminggu admin tidak membuat sebarang posting baru. Sebenarnya, admin agak penat dengan tugas-tugas pejabat yang adakalanya di bawa hingga ke rumah untuk diselesaikan. 

Di samping tugas sampingan admin untuk menyelenggara beberapa buah blog juga membataskan masa admin untuk menghantar posting terbaru blog batumistik.com ini.

Baiklah. Pada posting kali ini, admin kongsikan satulagi barangan mistik yang dinamakan Geliga Ular Tedung Hitam. Kalau tidak salah penghitungan admin, dua minggu lepas, admin ada poskan Geliga Ular Tedung Selar Putih. Jika dikira saiz geliga Ular Tedung Hitam ini, saiznya kecil sedikit dari Geliga Ular Tedung Selar Putih.

Dari segi manafaat penyimpan geliga ini pula, hampir sama dengan kegunaan geliga ular tedung selar putih. Geliga ini juga untuk dimaharkan. Sesiapa yang berhajat untuk menebusnya, silalah sms/tel 019-4268989 atau email ke admin@batumistik.com.

Tasbih Ular Cinta Mani 99 biji

Sunday, April 8th, 2012

UCM001

UCM (Pandangan Dekat)

Tasbih 99 biji ini dibuat dengan menggunakan teras Ular Cinta Mani. Berkhasiat  sebagai pelaris, pendinding dan pengasihan. Sesuai digunakan untuk dibawa berzikir atau diletakkan sebagai perhiasan di dalam kereta. Gelombang tenaga yang dihasilkan oleh getaran atom bahan tasbih ini Insya Allah akan meneutralkan gelombang negatif yang terdapat di tubuh si pemakai atau mereka yang berada di sekeliling tasbih ini…

Untuk mengetahui nilai tebusannya, sms/tel 019-4268989 atau email admin@batumistik.com

Gigi Jerung Jadi Batu

Saturday, April 7th, 2012

GJ001

GJ002

Salam peminat batu mistik. Setelah dua ke tiga hari admin tidak membuat posting, di kesempatan pagi sabtu ini, admin poskan satu lagi barangan mistik khazanah alam yang penuh mistik ini. Posting kali ini adalah merupakan gigi jerung yang telah menjadi batu. 

GJ001 adalah fosil gigi jerung merah (telah jadi batu) akibat proses luluhan hawa beribu tahun yang lalu. Manakala GJ002  adalah fosil gigi jerung   putih, juga telah menjadi batu akibat proses luluhan hawa beribu tahun yang lalu.

Kedua-dua fosil ini diperolehi secara mistik. Mana mungkin sebagai manusia biasa fosil yang telah berusia beribua tahun diperolehi secara biasa jika tidak dengan kaedah mistik dan misteri…

Biarlah admin terangkan apakah kegunaan dan kelebihan fosil gigi jerung asli ini. Bagi penggemar barangan mistik, kedua-dua fosil ini dipercayai boleh dijadikan penggerun kepada si pemakainya. Namun  begitu, kelebihan fosil batu gigi jerung ini tidaklah sama sebaik fosil gigi harimau…

Sesuai digantung sebagai loked. Untuk mengetahui nilai maharnya, sila sms/tel 019-4268989                   

Keris Palembang Dua Beradik

Wednesday, April 4th, 2012

SK001

Keris adalah lambang Kepahlawanan Melayu Lama. Keris seperti Taming Sari adalah keris yang dipercayai dibuat dengan teknik orichalcum, iaitu teknik mencampurkan besi dengan logam lain untuk menghasilkan aloy yang sangat keras dan ampuh. Keris Taming sari adalah dipercayai dibuat dengan kaedah picitan tangan.

Hasil gabungan pelbagai jenis logam yang terdapat pada keris mistik Taming Sari, mampu menyerap tenaga elektromagnetik di alam maya ini dan boleh pula menguatkan aura boielektricity pemilik keris itu. Sebab itulah Keris Taming Sari amat terkenal dengan lagenda kesaktiannya yang sering menjadi sebutan peminat keris.

Namun begitu, pada posting kali ini, admin nak kongsikan dua bilah keris yang dinamakan Keris Palembang Dua Beradik. Keris ini juga dibuat dengan menggunakan teknik orichalcum, secara picitan tangan. Seperti yang Tuhan beri mukjizat kepada Nabi Allah Daud yang berupa melembutkan besi untuk membuat baju besi dan senjata, pembuat keris ini juga mempunyai kelebihan seperti Nabi Allah Daud, yang berupaya melembutkan besi tanpa meleburkannya…

Keris Palembang Dua Beradik ini adalah keris lok tujuh ini adalah jenis keris untuk bertarung. Diperolehi dari dunia mistik. Usianya mungkin telah beratus tahun. Pada loknya diukirkan wafak ayat suci Al-Quran. 

Keris sedia untuk dimaharkan. Dapatkan nilai maharnya di 019-4268989

Tasbih Pakaian Wali Teras Telagi

Monday, April 2nd, 2012

T001

Salam untuk peminat dan pengunjung setia batumistik.com  Malam ini, admin poskan satu lagi barangan mistik yang dikenali sebagai Tasbih Teras Telagi. Tasbih dengan sembilan puluh sembilan biji tasbih ini dibuat dari teras telagi asli yang selalu digunakan oleh Para Sunan, Wali Allah dan sahabat-sahabat nabi.

Bukannya senang untuk mendapatkan tasbih ini. Ini adalah tasbih terakhir dari beberapa unit. Bersaiz S.

Untuk mengetahui nilai maharnya, sila sms/tel 019-4268989.

Batu Pelagat Lumut Janggut Adam

Sunday, April 1st, 2012

BP003

Salam. Seperti yang dijanjikan, malam ini admin  poskan satu lagi batu pelagat lumut. Imej di atas dinamakan Batu Pelagat Lumut Janggut Adam. Jika diteliti betul-betul  imej di atas, para pengunjung akan lihat imej seakan-akan janggut. (Untuk besarkan imej, bawa kursor ke atas imej dan klik)

Batu Pelagat Janggut adam ini amat sesuai dibuat permata cincin atau permata kalong/loked. Keindahan seninya sungguh terserlah. Ianya adalah terhad. Tiada lagi batu elagat janggut adam selepas ini (jika telah ditebus)

Kegunaan atau khosiatnya sama seperti batu pelagat yang admin poskan sebelum ini. Oleh itu, untuk mengelakkan peminat terlepas dari memiliki batu pelagat Janggut Adam ini, sms/tel 019-4268989 atau email admin@batumistik.com

Batu Pelagat Lumut Jarum Mas Tunggal

Sunday, April 1st, 2012

BP002

Salam. Seperti yang dijanjikan, admin uploadkan pagi ini satu lagi batu pelagat lumut yang sungguh unik dengan keindahan seni jika diperhatikan ke dalam batu. Dinamakan Batu Pelagat Lumut Jarum Mas Tunggal kerana jika diperhatikan ke dalam batu, kelihatan sebatang jarum mas. Jarum mas inilah yang menjadikan batu pelagat lumut ini amat unit.

Khasiat lain bagi si pemakainya, sama seperti batu lumut pelagat yang telah ditebus sebelum ini.

Sila sms/tel 019-4268989 untuk mengetahui nilai mahar bagi batu unik ini.

P/S Tunggu tengah malam ini, admin akan poskan satu lagi batu lumut pelagat yang tidak kurang juga keindahan seni ciptaan Illahinya.